Friday, August 26, 2011

Setelah sebulan setengah menahan

Hari ni aku dapat merasakan kemerdekaan dlm hati aku,,dimana aku telah habis kelas intensif yg begitu padat sekali. Dgn harapan dgn kelas intensif yg aku lalui ini dpt ku praktikkan di sem2x akan dtg. Aku beras begitu happy sekali setalah kelas German ni dah habis. Boleh lah aku rehat sepuasnye. Tetapi aku hanya boleh berehat hanya seminggu, lepas seminggu aku mempunyai tugas lain untuk dilaksanakan. Bukan seng untuk menjadi seorg student universiti. Dalam bulan puasa ni, beruntung jugak dpt berbuka kat Hotel VISTANA di Kuantan. Terubat dgn cuti yg sedikit ni. Walaubagaimanapun, aku tetap berterima kasih pada pihak yg buat kelas intensif ini, Lecturer German yg susah payah dtg Malaysia nak ajar kami dan pihak yg belanja buka puasa di Hotel tersebut. Terima Kasih byk2x,,

Vielen Dank fur alle..

Saturday, August 20, 2011

Loghat Kelantan sampai ke oversea tu

Kaisan dapat satu video dimana org bukan melayu menyanyi dlm loghat Kelantan. 
Agak pekat gak lah loghatnye tu. 
Jom kita tgk video kat bawah nie.

Thursday, August 18, 2011

2 berita buruk dalam sehari

Byk dugaan perlu aku hadapi, ag2x di bulan pose. Tuhan sengaja memberi manusia penuh dgn dugaan semoga manusia dapat tingkatkan keimanan diri untuk masa hadapan. Tetapi hari ni aku telah dapat 2 berita agak x happy bg aku. Maybe bg org len that's ok,,but 4 me,,rrr...beita buruk pertama dimana pg td aku check result final sem 2, result aku x memberangsangkan seperti sem 1. Result sem 2 turun mendadak, habis damily aku tye kenapa jd camni. Result aku menurun mendadak oleh kerana subjek bahasa. Dari dulu ag aku memg xsuka subjek bahasa ni. Hakikatnya pada hari ni, terbukti, kita x suka subjek tu, habislah,,,nasib bek x fail,,kala fail, kena repeat plak. Berita buruk yg kedua, hajat mak aku nak balik beraya kat kg. Sebenarnya aku x pernah beraya kat kg, that's y aku rase x best raya kat kg. Tp hari ni mak aku mtk dgn aku sebb x lama ag mak aku nak peg HAJI, so aku pun dgn rasa agak kurg seng setuju je lah. Demi mak aku sanggup gak wat walau x berapa suka. Hari ni aku belajar REDHa je sepanjang hari. hope hati aku dpt kembali happy seperti dulu. KAISAN be cool ok!!!

Tuesday, August 16, 2011

Dugaan di bulan pose

Hari ni Tuhan memg menguji kesabaran aku 
dimana motor aku pancit dua kali. 
Lebih emosi bile nak p bandar dgn motor waktu hari ahad, lepas tu motor aku pancit di tgh lampu isyarat. 
Berderau darah aku kerana segan. 
Bukan tu saje, otak aku masih terpikir nak cari mana lah kedai motor yg buka hari ahad nie. 
Bukan sumer kedai yg bukak. 
Dalam at nie dah berdoa n then Tuhan telah makbulkan, akhirnya ade gak kedai bukak. 
Kat kedai tu aku terus tukar tayar, batang lidi, tiup. 
Habis melayang RM85 hari tu.
Tp xpe lah,memg niat nak tukar sumer tu. 
Aku dgn rase selesa membawa motor dgn tayar belakang dah ditukar so xlah aku risau bocor ag. 
Tetapi tayar belakang tu hanya bertahan hanya sekejap. 
Bile aku nak p bazar ramadan ptg tu, 
aku tgk moto aku pancit ag. 
Aku dgn selamba bawak tayar tu g kedai motor. 
Bile sampai ke destinasi tu, sume kedai tutup, pergi lah bazar dgn membawa tayar motor. 
Confirm org ckp aku g bazar beli tayar motor,,ha5x,,, 
Pada waktu mlm tu aku perlukan moto tu nak balik UMP gambang, tapi dah moto xde, 
so aku terpaksa suh akak aku anta aku.
Keesokkan harinya kakak aku ambik aku kat UMP 
n then aku peg baiki moto aku. 
Lesap ag RM13. Nak buat camne, sabau je lah,, 
nie sume dugaan... 
Harap iman aku lebih tebal sehingga aku dapat tahan.

Monday, August 8, 2011

Sampul surat yang unik

Waahhh... uniknya sampul surat ini. Bila dibuka, akan mewujudkan gambar kenderaan tengah bergerak. Best. Kalau dapat kat kaisan la sampul surat ini, bukan setakat sampul surat yang di hantar kepada kaisan, kaisan buka. Dengan surat-surat orang lain pun, kaisan akan buka juga tanpa diminta. Hehehe







1 kotak boleh muat banyak barang..

Bagaimana untuk memenuhkan 1 bilik dengan hanya sebuah kotak? Berikut adalah idea dari pereka Jerman yang bernama Marcel Krings dan Sebastian Mühlhäuser. Semua barang-barang iaitu sebuah meja, 3 buah kerusi, sebuah katil beserta tilam, sebuah almari beserta rak buku semuanya disumbat hanya dalam 1 kotak. Ini adalah rekaan seorg Engineer. Bagaimana pula dgn anda? Yea ke nie? Kaisan rase macam tak logik aje. Hehehehe








Lepaskan tangan anda seh

Meh tgk video nie. Saja2x mau tunjuk. Agak kagum aku diorg wat video nie. Mau je aku nak wat cam nie.

Thursday, July 28, 2011

TIGER vs SINGA (import)

Aku malas nak ungkit sal nie. Geram, malu, bangga semua ade dalam hati ni. aku pun malas nak letak video goal kali nie sebb geram tgk pertahanan Malaysia asyik wat kesilapan yg same. Walau pe2x pun. Aku bangga dgn Safee Sali dgn Khairul Fahmi (Apek). harap yg nie je best xboleh gak. Tiger asyik main SOLO je aku tgk live td. Jgn tamak bawak bola, passing ler kat kengkawan yg kosong. Dah tau Safee dah kena control ketat dek Pertahan Singa, yg len tu ambik peluang untuk score bukan makin bg emosi pada kawan2x.. Hope len kali pertahan bg kuat lah. Cube men cam oversea, skill xde xpe janji komitmen berpasukan tu penting.

ADAKAH ANDA HEBAT MATH? 13 x 7 =91 @ 28

Jika anda seorg yg hebat math, try tgk video nie. 
Jika soalan math tye 13 x 7. 
Sememgnya org len akan jawab 91. 
Tetapi jawapan sebenarnya 28. 
Bagaimana boleh jd 28. 
Sama2x kita tgk.


Wednesday, July 27, 2011

Game Angry Bird



Nie game angry bird.
Sekali men pasti nak men ag.
Aku dah try sampai aku pun ketagih men game nie.
Kat bawah nie ade link untuk game nie.
Sekian..




 Download Link : Mediafire
http://www.mediafire.com/?07hr59a7jad29x4
 

Lazatnye makan BUDU




Pergh~~ makan budu memg tiada bandingan.
Kala makan mest nak ag. 
Mcm ketagih plak bile makan budu nie. 
Walaupun makan dgn ulam-ulaman, namun memg best lah. 
Biarpun xde ayam chopstik ke, ape ke, yg penting ade budu nie, pasti mengeliurkan, macam iklan-iklan lain, ade pepatah 
"kalau sekali terasa, pasti nak lagi". 
So sama lah dgn budu nie. hu5x
Ni petua nak cantik gak tau,,so makan lah byk2x,,he5x

Tuesday, July 26, 2011

Lawak seorang Professor ketika kuliah

Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di sebuah universiti.

Kata professor "Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa".

Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal.

Setelah professor menghabiskan kuliahnya professar berkata,

"Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya."

"Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan" balas orang itu.

Monday, July 25, 2011

Helah nak kahwin satu lagi

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.

Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cubaterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...

Kuatnya Datuk Kau

Tiga budak tadika bercerita tentang kehebatan datuk masing-masing.


khairul azman : "Datuk aku kuat.... Kalau bertanding silat, tak pernah kalah."

mohd aizan : "Datuk aku lagi kuat. Dia pernah tumbangkan seekor kerbau yang tengah mengamuk."

khairul azman : "Datuk kau kuat tak, abdul hadi?"

abdul hadi : "Aku rasa datuk aku lagi kuat daripada datuk kau berdua. Dah 20 tahun dia tinggal dalam tanah, sampai sekarang tak keluar-keluar lagi."

khairul azman dan mohd aizan : "Ye laaa.... kuatnya datuk kau."

Sunday, July 24, 2011

TIPS PELAJAR CEMERLANG

Bercintalah dengan pelajaran, bertunang dengan mengulang kaji, berkahwinlah dengan peperiksaan, dan berbulan madulah dengan kejayaan.
Bagaimana mahu jadi pelajar cemerlang?
Apakah ciri -ciri pelajar cemerlang? Berikut adalah petua untuk menjadi pelajar cemerlang:
1. Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.
2. Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayat.
3. Semua orang mahu berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.
4. Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan/praktikkan.
5. Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu atau pun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa. (Erti lain = jgn kedekut ilmu)
6. Setiap hari, carilah alasan untuk berubah secara positif. Hari ini lebih baik dari semalam. Esok lebih baik dari hari ini.
7. Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.
8. Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.
9. Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya. Jangan lari dari masalah.
10. Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.
11. Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.
12. Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.
13. Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.
14. Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.
15. Kegagalan membentuk kejayaan.

Saturday, July 23, 2011

Video 5E1 2008 at Teknik Kuantan

Geng2x dulu yang nak video nie leh lah download. Selamat mendownload. Peace...

Ambik link nie,,
copy and paste kat tab bru:

Video Lawak Ending ABBH

 
 Video nie memg best giler. Aku hampir pecah perut nak gelak sal video nie.
Camne pendapat korang ending yang nie. Bg aku agak best.
Perhaps someone akan pikir ntah ape2x, but for me that so funny.
I like it because they have give me a lot of laugh.
Aku suka tgk video lawak2x. Akan aku download untuk seterusnya,,he5x.

Thursday, July 21, 2011

Cuti Semester seperti tiada cuti semester

Sudah hampir seminggu aku menjalani kelas intensif. Dengan hati yang x berapa ikhlas. Aku redha je demi masa depan aku. Kini aku belajar x stress seperti dulu, Kini sudah mempunyai lecturer yg agak best, sporting (memg lah sporting sebb org german ori), berpengalaman, yang ag best ialah, mereka ajar sampai boleh. itu  yang aku nak. Tp agak sedih juga sebab kelas ni akan habis pada be4 raya. Lama tuuuu.... bosan seh menunggu kat U ni. Bukan ade ape2x pun kat sini. Nak main petg2x pun kena pikir dua kali, maklumlah student yang len sedang cuti, aku nie masih terdampar di sini. Ape boleh buat?. So nak xnak aku kena terima seadanya. and aku tau ada hikmah di sebalik sume nie.
Ilmu xkan habis nak belajar. Aku hanya berpegang pada kata2x aku kpd family aku, yang aku akan belajar sume nie untuk masa depan aku. That is my promise to my family.

Wednesday, July 20, 2011

Kali ke-3 aku buat blog,,,

termasuk nie sedah 3 kali aku membuat blog..
yang 1st tu biasa2x je,,
ntah camne aku boleh plak serabut dgn blog,,,
terus biar je blog tu,,
yang ke-2 lak,
ag best
baru je 2 minggu wat,,
dah update tiap hari,,,
boleh plak lupa password blog tu,,,
ni kali ke-3 memberi pengajaran padaku,,
xkan ku lupa password ini....
beri tunjuk ajar kepada ku yang dah pro2x bab2x blog nie,,